Policy Paper No 25
Pembebasan Ekonomi di Asia
Author: Dr Razeen Sally
Kebebasan kian dikikis saban hari di serata dunia, sepertimana yang boleh dilihat di Timur Tengah, Asia Selatan, dan Eropah. Namun, masih terdapat sinar harapan untuk kebebasan dari segi ekonomi. Pengarang Dr. Razeen Sally bermula dengan mengimbas kembali kepada asal usul falsafah liberalisme di Asia dan kemakmuran yang telah dicapai sebelum penjajahan Barat. Jalan Sutera, entrepot Melaka, dan kejayaan empayar India and China yang berjaya khususnya melalui persaingan dalam pasaran bebas, suatu prinsip liberalisme ekonomi yang boleh dilihat pada hari ini. Justeru, kedatangan penjajah Barat telah melenyapkan insititusi liberalisme, sehinggalah abad ke-19, apabila Singapura telah diasaskan oleh Stamford Raffles. Namun begitu, penyebaran liberalisme di Asia terpaksa menempuh pelbagai halangan, sehinggalah ke hari ini.